Pengurangan harga jalur lebar dijangka akhir September – MCMC

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENGURANGAN harga runcit untuk perkhidmatan jalur lebar tetap dijangka berlaku menjelang akhir September.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dalam kenyataan memaklumkan, pengurangan harga runcit jalur lebar itu hanya akan berlaku sejurus perjanjian capaian telah dimuktamadkan antara penyedia perkhidmatan.

Ia susulan pelaksanaan Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP) yang telah berkuat kuasa pada 1 Mac lalu.

Menurut MCMC, ketika ini kebanyakan penyedia perkhidmatan sudah atau sedang dalam proses menerbitkan Tawaran Akses Rujukan (RAO).

“Rundingan perjanjian capaian akan bermula berdasarkan kepada RAO yang diterbitkan dan dijangka dimuktamadkan menjelang akhir September.

“Oleh yang demikian, pengurangan harga runcit untuk perkhidmatan jalur lebar tetap dijangka berlaku selepas itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, MCMC memaklumkan kerajaan telah melancarkan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Internet Tetap pada awal Februari lalu.

Katanya, ia bertujuan untuk membantu golongan B40, veteran, golongan orang kurang upaya (OKU) dan warga emas pada harga lebih rendah dengan kelajuan sehingga 30 megabit sesaat (Mbps).

Baca artikel berkaitan: Jangan muat turun aplikasi ‘Pink WhatsApp’ – MCMC

MCMC memaklumkan, langganan pakej berkenaan adalah untuk tempoh selama 24 bulan dengan harga RM69 sebulan.

Jelas MCMC, pakej itu menyediakan kelajuan internet sehingga 30 Mbps dengan data tanpa had dan telah tersedia sejak Mac lalu.

“Harga bagi pakej ini adalah 22 peratus jauh lebih murah berbanding dengan harga sedia ada untuk pakej dan kelajuan yang sama iaitu RM89.

“Di bawah pakej ini, pelanggan boleh menikmati penjimatan sebanyak RM480 sepanjang tempoh kontrak dengan sehingga kini, 6,066 pelanggan telah melanggan Pakej Jalur Lebar Tetap itu.

“Selain itu, pakej PPR/PA @MyKabel telah dilancarkan pada April lalu pada harga RM69 sebulan dengan kontrak selama 24 bulan pada kelajuan 100 Mbps tanpa had.

“Pakej PPR/PA @MyKabel menyasarkan penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) dan golongan B40 bagi membantu aktiviti seharian mereka,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hakim tak sihat, keputusan kes Syed Saddiq ditangguh 13 Julai

KEPUTUSAN rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung empat pertuduhan kes pecah...

More Articles Like This