PADA pilihan raya negeri (PRN) kali ini, GERAKAN akan meletakkan calon di 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.
Timbalan Presidennya, Oh Tong Keong berkata, pihak sudah selesai menemuduga 22 individu berpotensi sebagai calon yang dimulakan sejak bulan lalu.
“Pengumuman calon dan kawasan mana yang akan ditandingi akan diumumkan sama ada oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Pengerusi PN Pulau Pinang, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai.
“Tarikhnya saya sendiri belum tahu tetapi sejak 2021 kita sebenarnya sudah melantik jurucakap di kawasan-kawasan yang akan ditandingi jadi daripada 22 individu hanya tiga tidak bertanding,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Tong Keong bagaimanapun memberi bayangan GERAKAN dijangka akan kekal bertanding di 13 kerusi tradisi parti itu ketika menjadi sebahagian daripada Barisan Nasional (BN) suatu ketika dahulu.
Baca artikel lain: Zuraida fail rayuan terhadap perintah bayar RM10 juta kepada PKR
Kerusi terbabit adalah Tanjung Bungah, Pulau Tikus, Kebun Bunga, Padang Kota, Sungai Pinang, Datuk Keramat, Batu Lanchang, Pantai Jerejak, Air Itam, Batu Uban, Machang Bubok, Bukit Tambun serta Bukit Tengah.
“Jadi itu 13 kerusi tradisi yang kita tanding semasa di bawah BN dahulu dan kali ini dijangka kita akan tanding juga dan lagi enam kerusi akan diumumkan kelak oleh pucuk pimpinan PN,” katanya lagi.
Beliau melihat semangat dan momentum GERAKAN begitu luar biasa berbanding pilihan raya umum (PRU) yang lalu dengan jentera parti itu kini telah bersiap siapa dalam berdepan PRN akan datang.
Menurutnya, parti itu akan memanfaatkan sepenuhnya media sosial terutamanya aplikasi TikTok dan Instagram dalam kempen mereka selain menggunakan Facebook dan WhatsApp.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

