Subsidi tiket penerbangan pelajar universiti awam mulai 15 Ogos

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KERAJAAN bersetuju untuk menyalurkan subsidi pembelian tiket penerbangan kepada pelajar universiti awam (UA) untuk pulang ke kampung halaman bermula 15 Ogos ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, subsidi tersebut melibatkan penerbangan bagi laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan.

Jelasnya, ia sah untuk pembelian tiket penerbangan sehala atau dua hala bagi laluan penerbangan kelas ekonomi antara tempat asal dan lokasi pelajar sedang menuntut.

“Kementerian telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan Kementerian Pendidikan Tinggi, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia dan syarikat-syarikat penerbangan bagi memperincikan pelaksanaan inisiatif ini.

“Inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan seramai lebih 56,000 pelajar daripada universiti awam dengan implikasi kos keseluruhan yang dianggarkan berjumlah RM16.8 juta.

“Setiap pelajar layak menerima subsidi RM300 melalui ‘credit shell’ dan pembelian tiket penerbangan perjalanan selepas tarikh akhir penebusan adalah dibenarkan,” katanya katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baca artikel lain: Polis keluarkan 1,082 saman lalu lintas, halang laluan OKU

Beliau berkata demikian menerusi satu sidang media hari ini.

Subsidi ini hanya boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan Malaysia Airlines, AirAsia, Batik Air, Firefly dan MYAirline.

Pelajar boleh membuat permohonan bantuan subsidi pembelian tiket melalui laman sesawang syarikat penerbangan dan tarikh akhir penebusan pada 31 Oktober ini.

Loke menambah, pelaksanaan inisiatif ini bertujuan mengurangkan beban kewangan pelajar yang ingin pulang ke kampung halaman semasa cuti semester.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Letupan bom Tak Bai: Dua rakyat Malaysia dipindahkan ke hospital di Kelantan

DUA rakyat Malaysia yang cedera dalam kejadian letupan bom di daerah Tak Bai, wilayah Narathiwat, selatan Thailand, semalam telah...

More Articles Like This