JOHOR Darul Ta’zim (JDT) terus mengukuhkan cengkaman di persada Liga Super 2023 selepas membelasah Kelantan FC 5-0 pada aksi berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu, malam ini.
Kejayaan malam ini menyaksikan JDT terus melebarkan rekod tanpa kalah selepas 17 perlawanan.
Harimau Selatan membuka jaringan pada minit kesembilan hasil rembatan luar kotak penalti Fernando Forestieri, menewaskan penjaga gol tuan rumah Mohammad Johan Tendot.
Tandukan Oscar Arribas pada minit ke-23 meletakkan anak buah Esteban Solari itu di hadapan sebelum Forestieri berjaya menghidu peluang di hadapan pintu gol lawan untuk menambah gol ketiga pada minit ke-60.
Kecuaian pemain Kelantan mengundang padah apabila JDT menyumbat gol keempat menerusi Bergson da Silva sebelum pemain gantian Muhammad Akhyar Abdul Rashid menoktahkan kemenangan Harimau Selatan dengan gol kelima pada minit ke-77.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

