‘MB Kedah sudah, kita tunggu Guan Eng dan yang lain’

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

“MENTERI Besar Kedah (Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor) sudah didakwa. Kita tunggu Lim Guan Eng dan yang lain juga selepas ini.”

Itu reaksi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh susulan pendakwaan terhadap Muhammad Sanusi di Mahkamah Sesyen Selayang, semalam.

Muhamad Akmal dalam hantaran di Facebook menegaskan, tiada ruang kepada mana-mana individu dalam negara ini yang sesuka hati mempermainkan isu agama, kaum dan institusi diraja (3R).

Menurut Muhamad Akmal, tiada siapa yang terkecuali tidak kira warna parti sama ada pembangkang atau kerajaan.

Pada masa sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu juga berharap pertuduhan terhadap Muhammad Sanusi itu menjadi pengajaran kepada semua pemimpin dan rakyat.

“Tiada ruang kepada mana-mana individu di dalam negara ini yang sesuka hati mempermainkan isu 3R.

“Tidak kira apa sekali pun warna parti, sama ada kerajaan mahu pun pembangkang, anda tidak boleh terkecuali.

Baca artikel berkaitan: Isu 3R: Kertas siasatan terhadap Sanusi, Abdul Hadi, Guan Eng hampir selesai

“Supaya ia menjadi pengajaran kepada semua pemimpin dan rakyat,” katanya.

Semalam, Muhammad Sanusi mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menghasut.

Bagi pertuduhan pertama beliau didakwa mengeluarkan kata-kata hasutan berhubung lantikan Menteri Besar Selangor dalam satu ceramah politik, minggu lalu.

Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu juga didakwa atas satu lagi pertuduhan menghasut berhubung isu penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik pada minggu lalu di Mahkamah Sesyen berasingan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini mengesahkan menerima beberapa laporan berhubung kenyataan Guan Eng, yang dipercayai menyentuh isu 3R.

Ahli Parlimen Bagan itu didakwa membuat kenyataan ‘gelombang hijau’ bakal memusnahkan tokong dan menafikan hak agama di Pulau Pinang.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Penunggang maut dirempuh motosikal ketika lintas persimpangan lampu isyarat

SEORANG penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di persimpangan lampu isyarat jejantas atas Jalan Johor...

More Articles Like This