TAN Sri Muhyiddin Yassin bersedia untuk berdepan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah berhubung isu pelupusan hutang peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, beliau tidak bersalah malah tak takut kepada Anwar meskipun disaman sebanyak RM200 juta.
“Dia (Anwar) nak saman saya RM200 juta…Perdana Menteri kata saya cakap bohong, Muhyiddin pandai bercakap sahaja. Saya tak pernah bohong.
“Saya bukan takut dengan Anwar Ibrahim, tak takut, saman dia (Anwar),” katanya ketika berucap di Program Munajat Rakyat Kelantan Pakat Pertahan dan Amanat Pimpinan di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.
Baca artikel lain: Fahmi minta penganjur Good Vibes Festival 2023 beri penjelasan susulan aksi biadap The 1975
Yang turut hadir, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man serta Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.
Terdahulu, Anwar menuntut Muhyiddin meminta maaf dan membayar pampasan RM200 juta kerana menjejaskan reputasi beliau berhubung dakwaan fitnah membabitkan isu pelupusan hutang peneroka Felda.
Melalui jawapan terhadap surat tuntutan Muhyiddin menerusi firma guamannya SN Nair & Partners menyatakan, Anwar akan memulakan tindakan undang-undang terhadap beliau jika tidak menerima apa-apa maklum balas yang memuaskan dalam tempoh 24 jam daripada tarikh surat jawapan berkenaan.
Surat jawapan terbabit dialamatkan kepada firma guaman, Tetuan Rosli Dahlan Saravana Partnership yang mewakili Muhyiddin.
Mengulas lanjut Muhyiddin menegaskan, Anwar tidak faham untuk membezakan antara penghapusan hutang dan sukuk.
“Anwar itu bon, yang ini penghapusan hutang peneroka Felda tak sama. Tapi dia tak mengaku salah, hari ini dia saman saya, dia kata saya bohong.
“Kita pergi mahkamah, nanti mahkamah saya harap akan buat keputusan yang adil, siapa salah tetap salah, saya nak bagi tahu saya tidak bersalah,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

