SEORANG lelaki maut selepas kereta dipandu melanggar sebatang pokok di Jalan Desa Millenia menuju Puchong Prima malam tadi.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan pada pukul 7.30 malam.
Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa yang memandu Perodua Viva sebelum itu telah melanggar sebuah motosikal jenis Yamaha dan Proton Wira.
“Mangsa kemudian bertindak memecut laju sebelum terbabas dan melanggar sebatang pokok yang terdapat di kiri jalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ujarnya, mangsa seorang lelaki India berusia 42 tahun disahkan maut di lokasi kejadian.
Tambahnya, penunggang dan pembonceng motosikal cedera ringan manakala pemandu Wira tidak mengalami sebarang kecederaan.
Wan Azlan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohamad Hamdan Jeramatin di talian 019-4642 222.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

