Dominic akui kurang komunikasi dalam PN, masih berteka-teki soal kerusi

Dari Penulis

PRESIDEN Parti Gerakan Malaysia (Gerakan), Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai mengakui terdapat kekurangan daripada segi komunikasi dalam Perikatan Nasional (PN) sehingga mewujudkan perbezaan pandangan dalam kalangan mereka.

Jelas Dominic, hal itu boleh dilihat menerusi beberapa siri kenyataan yang dikeluarkan parti komponen PN berhubung proses pemilihan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang.

Dominic berkata, objektif utama Gerakan ketika ini adalah untuk memastikan PN berjaya menang dalam PRN 15 yang akan berlangsung kurang tiga minggu lagi.

“Semasa proses pemilihan calon, ada banyak cabaran kerana ramai pemimpin layak namun, kita hanya boleh pilih seorang bagi setiap satu kawasan.

“Memang ada beberapa pandangan dalam (isu bertanding di kawasan Melayu) dan saya anggap itu perbezaaan pandangan.

“Kita akan teruskan buat penjelasan serta perbaiki komunikasi antara pemimpin,” katanya memetik laporan Malaysia Gazette.

Baca juga: Dewan Pemuda Pas Tasek Gelugor beri amaran kepada Dominic, Bersatu

Terdahulu, isu pemilihan calon PN di Pulau Pinang menjadi hangat apabila Dewan Pemuda Pas Tasek Gelugor (DPPTG) memberi amaran secara terbuka kepada Dominic agar tidak bertanding di kawasan kerusi majoriti Melayu.

DPPTG menegaskan, mereka akan memastikan kekalahan kepada calon Gerakan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam PRN kali ini sekiranya perkara tersebut berlaku.

Kemudian, tular pula dakwaan jentera Pas Bayan Lepas akan menutup bilik gerakan operasi sekiranya Dominic bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di situ.

Dalam pada itu, mengulas mengenai isu kerusi Melayu menjadi rebutan Gerakan, Dominic menegaskan bahawa tiada kerusi dalam PRN15 boleh dimenangani dengan mudah.

Katanya, semua calon PN perlu berusaha untuk mendapatkan sokongan dan mandat daripada rakyat untuk menang kerusi yang ditandingi mereka.

“Saya tak sebut bertanding di mana. Kamu yang sebut (Bayan Lepas). Cuma saya nak terangkan di sini objektif kita jelas iaitu menangkan PRN15.

“Selain itu, Malaysia merupakan negara berbilang kaum. Jadi bagi Gerakan dan PN, kita letak calon yang sesuai berbanding soal calon dari segi kaum, agama serta budaya,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This