TIGA beranak maut selepas kereta yang dinaiki terlibat dalam kemalangan di Kilometer 375.8 Lebuhraya Pantai Timur 2, Bukit Besi-Ajil, Dungun malam semalam.
Mangsa yang maut, Raja Nurhanani Nabila Raja Hussin, 23, bersama bayinya Nik Muhammad Zayyan Irfan Zulhimi, 2 bulan, serta ibu kepada Raja Nurhanani iaitu Noreha Mohamed, 53.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kemalangan melibatkan sebuah Proton Wira pada pukul 7.30 malam.
Beliau berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dalam perjalanan dari Wakaf Bahru, Kelantan ke Kem Tentera Darat Batu 10, Kuantan, bagi menghantar Raja Nurhanani dan bayinya.
“Sampai di lokasi kejadian, Wira yang dinaiki tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar kotak pembetung yang berada di kiri jalan lalu terbalik,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, akibat kemalangan itu, Noreha Mohamed dan cucunya maut di lokasi kejadian manakala Raja Nurhanani disahkan maut ketika menerima rawatan di Hospital Hulu Terengganu pada pukul 10.30 malam tadi.
Sementara pemandu iaitu Raja Haikal Najmi Raja Hussin,20, mengalami patah kaki kanan dan adiknya Raja Nurhumairaa Nadzirah Raja Hussin,13, patah bahu kiri akibat kemalangan itu.
Baharudin berkata, siasatan di lokasi kejadian mendapati cuaca baru sahaja hujan dan jalan dalam keadaan basah.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

