SEORANG lelaki meninggal dunia ketika berada dalam tahanan di lokap Balai Polis Setiawangsa, Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju selepas diserang sesak nafas, semalam.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad berkata, lelaki berusia 59 tahun itu ditahan pada 6 Julai lepas bagi siasatan berkaitan dadah mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta satu kes lain pada 18 Julai lepas.
“Pada Jumaat lepas (21 Julai) lelaki itu mengadu tidak sihat (demam) dan telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan. OKT (orang kena tahan) kemudian diberikan ubat sakit dan dibawa semula ke dalam lokap pada hari yang sama.
“Bagaimanapun semalam, rakan sel OKT melihat OKT sesak nafas dan bersandar pada dinding tandas sel,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca juga: PRN: Polis Kelantan wujud pusat sehenti di setiap IPD
Beliau berkata, polis kemudian menghubungi pihak hospital dan ambulans telah membawa OKT ke hospital bagi mendapatkan rawatan, namun doktor daripada Jabatan Kecemasan dan Trauma HKLÂ yang memeriksanya mengesahkannya telah meninggal dunia.
Katanya, bedah siasat akan dijalankan di HKL hari ini bagi mengetahui punca kematian.
Azri berkata, Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) JIPS Bukit Aman akan menjalankan siasatan berkaitan kes tersebut.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

