KETUA Pemuda Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan, Danni Rais akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klawang.
Perkara itu disahkan menerusi pengumuman Pengerusi PN Negeri Sembilan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu malam tadi.
Ia sekaligus mengesahkan desas-desus bahawa Danni akan dipertaruhkan PN menentang calon dari Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos nanti.
Baca juga: Peruntukan Perlembagaan cerminkan kepelbagaian, kepentingan kaum – Rais
Nama Danni sebelum ini kuat diperkatakan akan meneruskan legasi bapanya, Tan Sri Dr Rais Yatim.
DUN Klawang pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu menyaksikan Pakatan Harapan (PH) diwakili Parti Amanah Negara (Amanah), Bakri Sawir menang dengan majoriti tipis, 976 undi.
Untuk rekod, DUN Negeri Sembilan menyaksikan perbezaan empat kerusi antara PH (20 kerusi) dan BN (16 kerusi).
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

