Nik Abduh tolak tawaran bertanding, kata Tuan Ibrahim

Dari Penulis

TIMBALAN Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ketiadaan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dalam senarai calon mewakili parti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan selepas bekas Ahli Parlimen Bachok itu menolak dua kerusi yang ditawarkan.

Menurut beliau, Nik Mohamad Abduh turut berlapang dada jika tidak dicalonkan kerana boleh memberikan komitmen kepada institusi pendidikan yang diuruskannya.

“Tiada isu berhubung ketiadaan Nik Abduh dalam PRN kerana dalam politik ruangnya adalah banyak dan besar, bukan untuk bertanding semata-mata.

“Kita ada tawarkan satu dua kerusi, namun beliau tolak, Nik Abduh pun kata tidak bertanding pun tidak mengapa, beliau boleh fokus kepada sekolah agama yang diuruskannya,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau menyatakannya dalam sidang media selepas selepas Majlis Pengisytiharan Calon Perikatan Nasional (PN) Kelantan di Kota Bharu.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian turut menafikan dakwaan keputusan tidak mencalonkan Nik Mohamad Abduh adalah bagi mematikan legasi Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Ketiadaan Nik Abduh juga bukan untuk matikan legasi Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz kerana untuk meneruskan legasi bukan hanya perlu menjadi calon, sebaliknya perjuangannya yang perlu disambung,” katanya.

Mengulas mengenai dakwaan mengatakan Nik Mohamad Abduh meminta untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, Tuan Ibrahim hanya tersenyum dan enggan mengulas.

Majlis pengisytiharan calon itu juga menamatkan spekulasi membabitkan Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa dan Nik Mohamad Abduh sama ada bertanding dalam PRN 12 Ogos ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This