Wanita jerit kata-kata kesat selepas tidak puas hati disaman

Dari Penulis

POLIS mengesahkan telah membuka satu kertas siasatan selepas video seorang wanita melakukan provokasi terhadap anggotanya tular.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, kejadian berlaku di Jalan Tun Sambanthan, Kuala Lumpur, petang Isnin.

Katanya, rakaman video kejadian yang tular di laman TikTok, dikesan semalam.

“Menerusi rakaman tersebut dapat dilihat seorang wanita warga tempatan menjerit kata-kata kesat terhadap dua anggota polis yang sedang bertugas.

“Dalam kejadian pukul 3.40 petang itu, suspek tidak berpuas hati selepas disaman atas kesalahan memandu menggunakan alat komunikasi dan tidak memakai tali pinggang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, sehingga kini video tersebut telah mendapat perhatian orang ramai dan dikhuatiri boleh menjatuhkan imej polis.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam melakukan tugas, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This