Resipi Ayam Masak Madu Buat Mereka Yang Baru Belajar Memasak

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Kali ini kita masak hidangan ayam yang ringkas dan mudah cara membuatnya. Bagi mereka yang baru nak belajar memasak, hidangan ayam sos madu ini sesuai untuk dicuba. Kalau tak menjadi masakannya, jangan pula cepat putus asa. Cuba lagi sehingga berjaya. Tip untuk memastikan ayam yang dimasak tidak cepat berbau, pastikan ayam mentah tidak diletakkan di atas tanah atau lantai tanpa beralas. Selamat mecuba!

AYAM MASAK MADU

BAHAN
500 gm isi ayam – hiris besar
Sedikit garam
Minyak masak untuk menggoreng

BAHAN SOS
1 labu bawang besar – kisar
2 ulas bawang putih – kisar
10 tangkai cili kering – kisar
30 gm halia – kisar
1 batang serai – ketuk
3 sudu besar madu
3 sudu besar sos cili
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit air

CARA PENYEDIAAN

  1. Ayam yang telah dihiris besar digaulkan dengan ayam dan garam. Goreng sehingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumiskan bawang besar, bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik bau.
  3. Masukkan serai dan tuangkan sedikit air.
  4. Masukkan madu dan sos cili. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Tumis lagi sehingga pecah minyak.
  5. Kemudian masukkan ayam dan gaulkan rata.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lebih daripada sekadar roti canai: Fatihah Frozen ajak pengguna teroka kreativiti kulinari

BERBEKALKAN azam untuk memartabatkan resipi warisan keluarga, Ketua Pegawai Eksekutif Fatihah Frozen Food Sdn Bhd, Hazirah Che Hasim terus...

More Articles Like This