Resipi tortila daging berempah ini sangat istimewa, resipinya nampak biasa tetapi sedap. Menu ini dikongsi oleh Chef Arm buat follower SAJI. Daging kisar, boleh juga ditukarkan dengan ayam kisar jika suka. Tak percaya, anda boleh mencuba resipi hasil idea kreatif Chef Arm ini.
BAHAN
5 keping tortila
200 gm daging kisar
1 labu bawang besar – hiris nipis
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
Minyak masak untuk menumis
BAHAN KISAR
1 sudu besar jintan putih
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah
BAHAN HIAS
Daun salad
Hirisan timun
Hirisan daun bawang
CARA PENYEDIAAN
- Tumis bawang besar yang telah dihiris nipis bersama bahan kisar sehingga naik bau.
- Masukkan daging kisar, garam , gula dan tumis lagi sehingga garing. Setelah masak angkat dan ketepikan.
- Ambil sekeping tortila, buat seperti kelongsong dan letakkan daun salad serta hirisan timun.
- Masukkan dua sudu besar inti daging kisar dan taburkan hirisan daun bawang. Ulang proses yang sama sehingga habis. Bolehlah dihidangkan.

Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini.
Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR.
Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

