POLIS Perak kini sedang mengesan, lima lelaki yang terlibat dalam pergaduhan di atas jalan raya di Batu 8, Jalan Tanjung Rambutan-Tambun, kelmarin.
Ia selepas video berdurasi 16 saat tular di media sosial dengan memaparkan sekumpulan lelaki bergaduh di atas jalan menggunakan senjata dipercayai rotan.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya mengesan video tersebut sejak semalam melalui aplikasi WhatsApp.
Katanya, siasatan mendapati kejadian itu berlaku pada pukul 5.30 petang, kelmarin melibatkan lima lelaki warga tempatan.
Baca artikel lain: PRN: Tok Mat, Anthony Loke dan tiga MB berdepan saingan satu lawan satu
“Siasatan sedang dijalankan bagi mengesan individu yang terlibat dalam kejadian itu sekali gus mengenal pasti punca pergaduhan mereka.
“Kertas siasatan kes berkenaan dibuka mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan menggunakan senjata,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintenden Norshaharah Marzuki di talian 010-3790508.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

