PRN: Altimet ditentang calon PN di DUN Lembah Jaya

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENYANYI rap terkenal, Altimet yang pertama kali menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) sah berdepan cabaran calon Perikatan Nasional (PN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya.

Altimet atau nama sebenarnya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad sah berhadapan Ketua Penerangan Pas Ampang, Sharifah Haslizah Syed Ariffin.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus PRN DUN N20 Lembah Kaya, Zafrul Fazry Mohd Fauzi pada pukul 10.25 pagi.

Sebelum itu, Ketua Cabang PKR Ampang tiba di perkarangan pusat penamaan calon di Dewan Dato Ahmad Razali dengan mengenakan baju Melayu berwarna Merah pada pukul 8.34 pagi.

Altimet tiba bersama-sama rombongan dan calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Bukit Antarabangsa, Mohd Kamri Kamaruddin.

Baca artikel berkaitan: PRN: Mudah-mudahan menang, kata Muhyiddin

Rombongan yang disertai lebih 300 orang penyokong itu berarak sejauh lebih 700 meter dan dimeriahkan dengan laungan Reformasi dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Perarakan berkenaan itu disertai oleh penyokong daripada Parti Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), masing-masing mengenakan baju berwarna merah dan biru serta membawa bendera parti.

Sementara itu, di lokasi sama, Pegawai Pengurus PRN DUN Bukit Antarabangsa, Dr Ani Ahmad mengumumkan kerusi itu akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru.

Mohd Kamri yang mewakili PH akan berhadapan Sasha Lyna Abdul Latif dari PN dan Melanie Ting iaitu calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This