PRN: Amirudin hadapi cabaran dua lawan di Sungai Tua, satu lawan satu untuk Azmin

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENYANDANG kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua, Datuk Seri Amirudin Shari akan menghadapi cabaran dua lawan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, 12 Ogos depan.

Pegawai Pengurus PRN DUN N16 Sungai Tua, Nor Azlina Abdul Aziz mengesahkan keputusan pencalonan itu kira-kira pukul 10.50 pagi di Pusat Penamaan Calon (PPC) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu, Gombak.

Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor bakal menentang calon Perikatan Nasional (PN) dari Pas iaitu Muhammad Hanif Jamaluddin dan calon Bebas, Suman Gopal.

Naib Presiden PKR itu telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua selama tiga penggal.

Beliau memperoleh majoriti 11,374 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Sementara itu, Parlimen Gombak turut menjadi tumpuan ekoran kehadiran Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang ‘berpindah’ ke kerusi Hulu Kelang dari kerusi Bukit Antarabangsa.

Bagi PRN kali ini, Mohamed Azmin akan berdepan cabaran satu lawan satu menentang calon Pakatan Harapan (PH) dari PKR, Juwairiya Zulkifli.

Pencalonan itu disahkan Pegawai Pengurus PRN DUN N18 Hulu Kelang, Khairul Aizawati Khalid, sebentar tadi.

Baca artikel berkaitan: PRN: Cerah di kebanyakan pusat penamaan calon, hujan di Alor Setar

Kerusi DUN Hulu Kelang sebelum ini ditandingi Amanah yang bertukar kerusi DUN Batu Tiga dengan PKR.

Pada PRU-14, DUN Hulu Kelang dimenangi Saari Sungib dari Amanah mewakili PH.

Saari memperoleh majoriti 15,349 undi selepas meraih 25, 746 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Ismail Ahmad (10,397) undi dan calon Pas, Farhan Kamalul Hysham (7,573) undi.

Dalam pada itu, satu lagi kerusi ‘panas’ di bawah Parlimen Gombak iaitu DUN Gombak Setia akan turut menyaksikan pertandingan tiga penjuru.

Pegawai Pengurus DUN N17 Gombak Setia, Mohd Hasrul Hisham Abdullah mengisytiharkan penyandang kerusi itu, Muhammad Hilman Idham akan menentang calon BN, Datuk Megat Zulkarnain Omardin.

Seorang lagi adalah calon Bebas iaitu Mohamed Salim Mohamed Ali.

Dalam PRU ke-14, kerusi DUN Gombak Setia disandang Muhammad Hilman (PKR) selepas menang dengan majoriti 12,399 undi sekali gus menewaskan Hasbullah Ridzwan (PAS) dan Megat Zulkarnain (BN).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UtusanTV kukuhkan hubungan kerjasama media bersama MOTAC

UTUSANTV meneroka ruang kerjasama strategik bersama Tourism Malaysia dengan mengadakan kunjungan hormat di pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya...

More Articles Like This