Akaun media sosial digodam bukan gimik lariskan tiket konsert, Ella cabar ‘hacker’ untuk berjumpa di…

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYANYI Ella menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia sengaja mencipta gimik akaun Facebook miliknya digodam demi mempromosikan Konsert Jelajah Jilid Akhir: Ella Puteri Kota.

Ujar Ella atau Nor Zila Aminuddin,57, perbuatan menceroboh dan mengodam akaun media sosial milik orang lain adalah tindakan yang tidak boleh dipandang remeh.

Justeru, dua laporan polis telah dibuat sebaik sahaja pasukannya menyedari akaun yang mempunyai lebih 500,000 pengikut itu digodam.

“Akaun Facebook saya memang digodam…ia bukan sengaja dirancang. Saya dah buat dua laporan polis di balai polis berbeza.

“Satu laporan di balai polis Sungai Buloh dan yang kedua di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada 27 Julai lalu. Selain buat laporan berkenaan akaun Facebook digodam saya juga buat laporan mengenai individu tersebut memalukan saya dengan memuat naik video tidak senonoh.

“Sekarang kini sedang menunggu pihak polis menjalankan siasatan,” katanya kepada URTV.

Ella ditemui pada majlis kejutan sambutan hari lahirnya di pusat membeli-belah di ibu kota, semalam.

Ella bersama penganjur Hitman Solution, Rohit Rampal

Tambah penyanyi lagu Sembilu itu lagi, dia juga sudah membuat laporan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dalam usaha untuk mengesan pelaku dan mendapatkan kembali akaun Facebooknya.

“Saya gunakan media sosial untuk mempromosikan apa sahaja aktiviti seni dan konsert yang membabitkan saya.

“Media sosial adalah platform untuk kerja, cari makan selain dapat menyimpan pelbagai data.

“Di pihak saya, tidak mengalami sebarang kerugian wang ringgit tapi hanya kerja-kerja seni sahaja yang tak dapat nak dipromosikan dengan lebih meluas,” luahnya.

Sementara itu, Ella dengan nada tegad bertindak mencabar penggodam untuk hadir dan berjumpa dengannya di Konsert Jilid Akhir:Ella Puteri Kota yang akan berlangsung di Spice Arena, Pulau Pinang pada 28 Oktober depan.

“Saya berani cabar individu tersebut datang bersemuka sebab perbuatannya salah. Saya tak takut.

“Akan ada pengawal keselamatan yang akan melindungi saya sekiranya ada berlaku perkara yang diluar kawalan,” ungkapnya.

Tiket konsert boleh di beli menerusi www.hitmanlive.com.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This