Pemakaian pelitup muka tidak lagi wajib di masjid, surau di Perlis

Dari Penulis

MAJLIS Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) melonggarkan syarat untuk tidak mewajibkan jemaah memakai pelitup muka di masjid dan surau berkuat kuasa serta-merta.

Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah bagaimanapun, pemakaiannya masih digalakkan bagi mereka yang bergejala dan mengalami risiko dijangkiti.

“(Arahan) ini selaras dengan perkembangan terkini seperti yang dimaklumkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkaitan pandemik COVID-19 yang berpotensi mereda pada tahun ini sehingga suatu tahap menular seperti selesema.

“Ia juga selari dengan penurunan kes dan kadar vaksinasi dan pengumuman kelonggaran SOP (prosedur operasi standard) pemakaian pelitup muka yang telah diumumkan pihak Kementerian Kesihatan berkuat kuasa 5 Julai 2023,” titah baginda menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan MAIPs hari ini.

Baca artikel lain: Menteri ditugas umum perkembangan dasar, program Ekonomi MADANI – PM

Menurut kenyataan sama, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid menzahirkan penghargaan kepada rakyat di negeri itu kerana sentiasa memberikan kerjasama kepada MAIPs dan agensi-agensi bersamanya dalam membantu mengekang penularan wabak COVID-19.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kementerian Komunikasi buka dua pusat media

KEMENTERIAN Komunikasi membuka dua pusat media sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 bagi memudahkan urusan liputan dan penyebaran...

More Articles Like This