YAYASAN Bank Rakyat (YBR) melihat, kesedaran berkenaan budaya membenci rasuah di dalam kalangan masyarakat perlu diterapkan pada usia muda.
Pengurus Besarnya, Syaiful Rizal Abdul Ghani berharap, program pendidikan bersama Bahagian Pendidikan Masyarakat (PenMas) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat merealisasikan usaha tersebut.
Katanya, inisiatif ini juga diharapkan memberi pendedahan kepada warga kerjanya untuk mengamalkan budaya baik, bebas rasuah, meningkatkan disiplin dan integriti serta sikap tanggungjawab.

“Majlis hari ini merupakan satu permulaan agar warga kerja YBR sentiasa berwaspada dan tidak berkompromi dengan sebarang aktiviti tidak bermoral.
“Melibatkan rasuah melalui wang ringgit, penyalahgunaan kuasa serta pemberian dan penerimaan hadiah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Baca artikel lain: Perjumpaan Anwar dengan MIC jelas kebersamaan Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid
Hasrat itu diluahkan Syaiful Rizal ketika berucap di majlis menandatangani dan melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) warga YBR dengan kehadiran seramai 41 orang kakitangan.
Sesi lafaz ikrar yang diketuai oleh Syaiful Rizal itu turut disertai barisan pengurusan kanan YBR. Hadir sama Ketua Cawangan PenMas SPRM iaitu Penolong Kanan Pesuruhjaya (PKPKj), Samsul Salip.
Di dalam majlis sama, ceramah bertajuk ‘Isu Rasuah di Dalam Organisasi Yayasan’ beserta tayangan video montaj SPRM – IBR diadakan bagi memberi maklumat dan kesedaran kepada warga kerja YBR.
Tambah Syaiful Rizal, berdasarkan kajian skor ketelusan oleh Wiki Impact, YBR disenaraikan sebagai tujuh yayasan yang mendapat markah penuh dalam penilaian yang dijalankan.

Katanya lagi, kajian ini turut melibatkan 1,600 yayasan di Malaysia.
YBR turut menerima Anugerah ‘Foundation Of The Year’ bagi kategori perbankan di Majlis Anugerah Kelestarian Dan CSR Malaysia 2023 pada 26 Julai 2023.
Pengiktirafan ini diberikan susulan inisiatif meningkatkan sosioekonomi melalui pendidikan serta program-program kemasyarakatan yang telah dijalankan YBR sepanjang tahun 2022.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

