SULTAN Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah menjadi raja paling lama memerintah di dunia susulan kemangkatan Ratu Elizabeth II, lapor Sputnik memetik akhbar Daily Mail pada Jumaat.
Sultan Hassanal Bolkiah menaiki takhta pada 1967 dan telah memerintah hampir 55 tahun, manakala Ratu Elizabeth II menduduki takhta selama lebih 70 tahun, lapor akhbar itu.
Raja kedua paling lama memerintah ialah Ratu Margrethe II dari Denmark.
Baca: Raja Charles III beri perutusan sulung, ikrar ‘khidmat sepanjang hayat’
Ratu Elizabeth II mangkat di Scotland pada usia 96 tahun
Ratu Elizabeth II mangkat pada usia 96 tahun di Istana Balmoral di Scotland pada Khamis.
— BERNAMA

