TAWARAN yang diberikan oleh Perikatan Nasional (PN) untuk rakyat negeri Selangor bukanlah ‘gula-gula’ pilihan raya sebaliknya ia diyakini mampu dilaksanakan.
Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, keyakinan itu bersandarkan kepada rizab besar yang dimiliki oleh kerajaan negeri ketika beliau menjadi Menteri Besar negeri tersebut suatu masa dahulu.
Malah, beliau juga berjanji tawaran bertemakan ‘Selangor Baharu, Kita Bangkit’ bernilai lebih RM2 bilion itu akan dilaksanakan serta-merta sekiranya PN diberi mandat pada 12 Ogos ini.
“Hasil negeri sahaja RM2.3 bilion pada tahun 2017, saya percaya sekarang selepas lima tahun hasil ini harus terus meningkat.
“Insya-Allah kita menang besar pada 12 Ogos, 13 Ogos kita bentuk kerajaan tawaran-tawaran ini akan dilaksanakan serta-merta untuk mengangkat martabat rakyat Selangor,” katanya.
Baca artikel lain: Tawaran PN Selangor: Elaun khas 2 bulan gaji untuk kakitangan awam
Beliau berkata demikian dalam sesi dialog sempena Majlis Pelancaran Tawaran Perikatan Nasional Negeri Selangor, malam ini.
Pada masa sama, beliau menegaskan, PN bukanlah parti yang membela satu-satu kaum sahaja sebaliknya ia mewakili kesemua rakyat yang ada di negeri ini.
Malah, ujarnya, gabungan tersebut komited untuk membela rakyat tanpa mengira kaum dan perkara tersebut boleh dinilai sendiri melalui tawaran yang dikemukakan malam ini.
“Pengalaman Tan Sri Muhyiddin menjadi Perdana Menteri, pakej ransangan RM530 bilion bukan hanya untuk satu kaum, bukan hanya untuk satu kumpulan tapi mereka yang dapat manfaat adalah semua.
“Ini sekali lagi dapat menangkis tohmahan pihak lawan bahawa kita hanya mewakili satu-satu kaum.
“Kami komited untuk memastikan tawaran ini akan dilaksanakan dan saya percaya sekiranya semua rakyat mendapat manfaat, saya percaya Selangor akan makmur sejahtera,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

