PERIKATAN Nasional (PN) berhasrat untuk menyalurkan elaun khas tahunan sekurang-kurangnya dua bulan gaji kepada anggota perkhidmatan awam di negeri Selangor.
Perkara itu merupakan di antara tawaran yang mahu direalisasikan sekiranya PN diberi mandat memegang tampuk pemerintahan pada pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos ini.
Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sekiranya kedudukan kewangan mengizinkan, PN akan mempertimbangkan tiga bulan gaji elaun khas tahunan.
“Sebagai langkah mengiktiraf peranan dan sumbangan sektor awam terhadap pembangunan negeri, elaun khas tahunan sekurang-kurangnya dua bulan gaji akan diberikan kepada anggota perkhidmatan awam,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Pelancaran Tawaran Perikatan Nasional Negeri Selangor, malam ini.
Baca artikel lain: PN tawar Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin bernilai lebih RM2 bilion untuk Selangor
Yang turut hadir Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Radzi Jidin.
Pada masa sama, beliau berkata, PN juga akan memberi tumpuan kepada usaha menyantuni keluarga muda dengan menawarkan pelbagai inisiatif-inisiatif menarik.
Antaranya, jelas beliau, mewujudkan inisiatif Bina Keluarga Selangor (BKS) sebanyak RM500 untuk pasangan pengantin yang baharu sahaja melangsungkan perkahwinan.
“Selain itu, kami menyediakan insentif Lahir Selangor bernilai RM500 kepada ibu bersalin.
“Memperbanyak rumah transit dan projek perumahan rakyat di kawasan terpilih untuk sewaan kepada pasangan belia yang baru berkahwin,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

