PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau bersama ahli perniagaan dari Indonesia menghadap Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah namun pertemuan itu sebagai kunjungan hormat.
Beliau berkata pertemuan itu tiada kaitan dengan urusan permohonan untuk mengusahakan aktiviti unsur nadir bumi (REE) di negeri berkenaan seperti yang didakwa Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
“Isunya, curi nadir bumi, jangan alihkan. Menghadap Tuanku, itu jadual Sultan Kedah, jadi saya tak mahu kait. Tak bangkit soal REE… Sultan Kedah panggil saya ada hal-hal lain, termasuk ziarah makam.
Baca artikel lain: PN hantar nama calon PRK Pulai, Simpang Jeram minggu depan
“Yang saya nak sebut di sini, isu REE jangan dialih iaitu curi nadir bumi, beri kelulusan kepada syarikat China tanpa kebenaran,” kata beliau kepada media selepas merasmikan Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia 2023 (MCY Summit 2023) hari ini.
Media sebelum ini melaporkan Muhammad Sanusi mendakwa Anwar dan seorang warganegara Indonesia pernah ke negeri itu untuk meninjau tapak lombong REE sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Menurut laporan itu, Muhammad Sanusi berkata warganegara Indonesia yang dikenali sebagai ‘Reza Khalid’ itu dikatakan berminat melabur dalam aktiviti melombong REE di Kedah.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

