POLIS kini memburu seorang penunggang motosikal yang cuba meragut seorang lelaki warga emas di hadapan laluan masuk Pangsapuri Angsana, Taman Raintree dekat Batu Caves, tengah hari semalam.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, dalam kejadian pukul 12.08 tengah hari itu, pengadu seorang lelaki tempatan berusia 71 tahun yang sedang menaiki motosikal telah ditahan suspek.
Beliau berkata, suspek seorang lelaki bangsa tidak pasti itu menunggang motosikal Yamaha 135 LC warna biru hitam dan telah berpura-pura bertanya kepada pengadu.
“Semasa berbual, suspek telah menarik rantai emas milik pengadu namun tidak berjaya dan terus melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, usaha mengesan suspek masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil menghubungi Inspektor Nor Adiba Mohamad Nordin di talian 012-8819315.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

