Tiada kementerian, agensi arah sebar SMS berunsur sentimen politik – Fahmi

Dari Penulis

TIADA kementerian atau agensi kerajaan mengeluarkan arahan sebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) berunsurkan sentimen politik, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Fahmi menerusi hantaran di akaun X (Twitter) beliau hari ini memaklumkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah membuat semakan dengan semua syarikat telekomunikasi berhubung perkara itu. 

“Majlis Belia Malaysia (MBM) juga telah mengeluarkan penafian dan mengesahkan hantaran tersebut bukan bersumberkan pihak MBM.

“Dakwaan dana awam digunakan untuk sebaran mesej seperti ini adalah tidak benar sama sekali,” menurut hantaran itu. 

Presiden MBM Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid menerusi kenyataan media hari ini juga berkata sumber hantaran SMS bersifat provokatif dan menghasut itu bukan daripada pihak MBM atau mana-mana pertubuhan belia yang bergabung di bawah MBM.

“MBM akan mengambil tindakan lanjut dan satu laporan polis akan dibuat dalam masa terdekat bagi mengelakkan sebarang salah guna nama yang mengaitkan pihak MBM dengan keadaan yang tidak bertanggungjawab.

“MBM menyeru kepada semua parti politik yang bertanding agar sentiasa berkempen secara matang dan sihat serta mengelakkan perkara-perkara yang menyalahi undang-undang negara,” katanya. 

Terdahulu, seorang pengguna media sosial X hari ini meminta penjelasan Fahmi mengenai penyebaran SMS berbaur sentimen politik yang menggunakan nama ‘Belia Malaysia’.  

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Saya akan pilih orang yang boleh bantu rakyat Malaysia, kata Michael Ang

PENERBIT dan pengarah terkenal, Michael Ang menegaskan beliau akan memilih individu yang mampu membantu rakyat Malaysia. Penegasan itu dinyatakan Michael menerusi...

More Articles Like This