PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka berada di Kedah untuk kempen ‘grand finale’ sebelum hari mengundi pada pilihan raya negeri (PRN), 12 Ogos ini.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ianya sudah dipersetujui sebagai ikhtiar terakhir berkempen di negeri tersebut.
“Semalam saya sempat menghubungi Perdana Menteri meminta supaya beliau memasukkan jadual ‘grand finale’ di Kedah. Dia dah setuju ‘grand finale’ akan berlaku pada 11 Ogos ini.
“Perdana Menteri akan mula dengan solat Jumaat. Kami akan susun di mana saya akan bincang nanti dengan Asmirul (Calon PH Kubang Rotan, Mohd Asmirul Anuar Aris) dan pimpinan lain untuk kami susun jadual sehari dia ‘grand finale’,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Beliau berkata demikian selepas menyantuni peniaga di pasar besar Alor Setar.
Baca artikel lain: Mantan Pengarah Hospital Putrajaya Dr Nora’i meninggal dunia
Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, Anwar dijangka berkempen di Alor Setar dan Sungai Petani untuk membuat pecutan di saat akhir kempen.
“Kami terima hakikat underdog peringkat awal. Tapi selepas seminggu kempen, maklumat dalaman daripada bilik gerakan melaporkan dua DUN yang sebelum ini tiada dalam radar kemenangan iaitu Ayer Hangat dan Kuah ( Langkawi) menunjukkan semua indikator yang melegakan,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

