Kopi atau cawan?

Dari Penulis

SEKUMPULAN rakan sekelas bertemu semula di sebuah majlis reunion. Bertahun-tahun tidak berjumpa setelah tamat pengajian, ini kali pertama mereka berkumpul semula. Profesor yang pernah mengajar mereka dulu turut hadir.

Kesemua mereka sudah ada karier sendiri. Ada yang bergelar doktor, peguam, arkitek, cikgu, ahli perniagaan dan bermacam-macam kerjaya lagi. Bila berbicara soal kerja, masing-masing mengeluh. Mereka tertekan dengan tugasan dalam kehidupan.

Profesor yang mendengar keluhan bekas-bekas pelajarnya itu berlalu keluar. Dia masuk semula ke dalam dewan dengan membawa dulang besar berisi pelbagai jenis cawan. Ada yang diperbuat daripada plastik, kaca, kristal dan tanah liat. Ada yang bentuknya ringkas, cantik dan ada juga yang buruk. Ada yang ringan, ada yang berat.

Profesor itu menyuruh mereka memilih salah satu cawan tersebut dan mengisinya dengan kopi. Kemudian, si profesor bertanya, “Cuba lihat di atas dulang ini, apa yang tinggal?”

Masih ada cawan yang bersisa. Cawan yang tidak dipilih kerana rupanya yang buruk dan kurang menarik. Ternyata bekas pelajar itu semuanya memilih cawan yang menarik pandangan mata mereka.

“Anda nampak tak, cawan yang cantik semuanya habis dipilih. Yang tinggal hanya yang buruk saja,” kata profesor itu.

Dia kemudian mengambil salah satu cawan buruk dalam dulang itu lalu mengisinya dengan kopi gred A. Dia menyuruh salah seorang bekas pelajarnya minum menggunakan cawan buruk itu. Kemudian, disuruh minum kopi yang sama, namun dari cawan cantik yang dipilih bekas pelajarnya itu.

“Apa beza kopi dari cawan buruk dan cawan cantik yang kamu pilih tadi?” tanya si profesor.

“Tiada beza. Rasa dan kualiti kopi ini tetap sama,” jawab bekas pelajar itu.

“Hidup kita seperti kopi. Manakala cawan itu mewakili pekerjaan, harta, pangkat dan segala-galanya di sekeliling kita. Tidak kira bentuk cawan itu sama ada cantik atau buruk, ia tidak akan memberi kesan jika anda punya kehidupan yang berkualiti.

“Ada kalanya, orang terlalu mementingkan rupa cawan itu daripada menikmati rasa kopi di dalamnya. Sebab itu, ia tidak dapat merasa betapa nikmatnya rasa kopi tersebut. Begitu juga dengan kehidupan. Tak usah pandang rupa cawan, tapi nikmatilah kopi itu sesungguhnya. Anda akan temui kepuasan di dalamnya,” pesan si profesor kepada bekas-bekas pelajarnya itu.

______

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Angkara dengki, WAFA TV hilang daripada radar? Artis veteran terkejut dakwaan saluran disabotaj

BUKAN sekadar khabar angin atau andaian kosong, tetapi kisah yang semakin menjadi bualan dalam kalangan penggiat seni apabila saluran...

More Articles Like This