Tok Mat nafi bakal dipecat kerana tak sehaluan dengan Anwar

Dari Penulis

MENTERI Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan menafikan, dakwaan yang tular di media sosial bahawa beliau bakal dipecat daripada memegang jawatan di Kabinet.

Dakwaan itu antara lain menyebut bahawa Mohamad tidak lagi sehaluan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Hari ini (semalam) viral saya akan dipecat daripada jawatan menteri saya sebab dikatakan saya tidak bersama dengan perdana menteri.

“Daripada semua kementerian, Kementerian Pertahanan yang paling banyak mendapat peruntukan khas daripada PM.

“Ini pula nak mengadu domba kata Mat Hasan akan dipecat sebab apa saya tak bersama dalam kempen,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Beliau berkata demikian dalam ceramah Malam Perpaduan DUN Paroi, di Senawang, malam tadi.

Baca artikel lain: Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar baharu di Kelantan jika PN menang

Dakwaan yang tular di media sosial turut menyatakan yang Timbalan Presiden UMNO itu tak lagi bersama Perdana Menteri, selain tidak menyertai kempen pilihan raya.

Bagaimanapun, Mohamad menjelaskan, beliau tidak dapat bersama dalam kempen kerana masalah kesihatan.

“Saya demam empat hari, 40 darjah. Jadi, janganlah mengadu domba macam-macam mengata saya,” katanya di hadapan lebih 200 hadirin.

Sebelum ini dilaporkan, Mohamad dijangkiti virus influenza dan diarahkan oleh doktornya untuk berehat dalam tempoh dua hingga tiga hari daripada menyertai kempen pilihan raya.

Ketika ditanya, Mohamad tidak memberitahu sama ada akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan dakwaan tersebut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sukan untuk semua, 42 pasukan DUN meriahkan Liga Bola Jaring Pahang 1st

NEGERI Pahang kini melakar sejarah tersendiri dalam arena sukan apabila penganjuran julung kali Liga Bola Jaring Pahang 1st berjaya...

More Articles Like This