Semua hala meriam ke Kedah, tipulah kalau saya tak ‘berdarah’ – Sanusi

Dari Penulis

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tidak menafikan tekanan hebat yang diberikan oleh pimpinan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (PN) terhadap dirinya sepanjang kempen pilihan raya negeri (PRN).

Beliau yang berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri berkata, tekanan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada dirinya serta calon-calon PN lain.

Begitupun, jelas ‘Panglima Perang’ PN itu, beliau berjaya menyerap segala asakan yang bertali-arus datang dari blok kerajaan sehingga berjaya menang dengan majoriti besar sebanyak 16,050 undi menewaskan pencabar dari BN, Muhamad Khizri Abu Kassim.

“Pudin (Ketua Setiausaha, Datuk Seri Saifuddin Nation Ismail) , Abang Non (Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim) cak uban (Pengerusi PH Kedah, Datuk Mahfuz Omar) Wak Jahid (Presiden BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) dan semua kepemimpinan PH dan BN di Kedah serta seluruh negara yang semuanya menghalakan meriam masing-masing ke negeri Kedah.

“Mereka telah memilih Kedah sebagai medan tempur dalam peperangan PRN. Tipulah kalau saya tak berdarah, berdarah jugak berlari rata tapi Alhamdulillah kekuatan ini dari Allah,” katanya.

Baca juga: Saya tak berniat pamer kertas undi – Sanusi

Semalam, keputuan PRN di Kedah menyaksikan PN berjaya mengekalkan penguasaan di negeri tersebut dengan jumlah kerusi DUN dimenangi sebanyak 33 daripada 36 kerusi yang dipertandingkan.

Gabungan PH-BN terpaksa berpuas hati apabila hanya berjaya memperoleh tiga kerusi di Kedah iaitu DUN Kota Darul Aman, Bakar Arang dan Sidam.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki rakyat Malaysia cedera terkena letupan bom di Tak Bai

DUA lelaki warga Malaysia dilaporkan cedera selepas terkena letupan bom dalam satu kejadian di Lebuhraya 42, Kampung Phrai Wan,...

More Articles Like This