Sanusi minta ‘katup’ cerita tunjuk kertas undi

Dari Penulis

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berharap, isu menunjukkan kertas undi dihentikan kerana percaya beliau tidak menyalahi undang-undang.

Katanya, beliau sudah merujuk tindakan tersebut kepada peguamnya bagi mengesahkan perkara itu.

“Diam-diam sudahlah, katup-katup (tutup) lah cerita itu bukan ada kesalahan apa pun. Sebenarnya tidak ada kesalahan Seksyen 39, itu adalah berkaitan petisyen pilihan raya, bukan mempamerkan (kertas undi) ketika mengundi.

“Peguam (dan) hakim semua (saya) rujuk dah, pi baca pi baca,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Kedah di sebuah pasar raya, hari ini.

Baca artikel lain: KBS timbang insentif untuk atlet cemerlang di CYG 2023 – Adam Adli

Terdahulu, media melaporkan polis sedang melengkapkan siasatan terhadap tindakan Muhammad Sanusi yang didakwa melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, apabila secara sengaja menayang kertas undi yang sudah ditandakan kepada petugas media.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata Sanusi juga mungkin dipanggil dalam masa terdekat untuk memberi keterangan.

Katanya, polis sedang melihat ‘cadangan-cadangan’ yang bersesuaian termasuklah mengikut Seksyen 19 Akta Kesalahan Pilihanraya.

Bagaimanapun, kelmarin Muhammad Sanusi dilaporkan mendakwa, tidak berniat untuk menayang kertas undi miliknya ketika membuang undi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Beris Jaya Sabtu lalu.

Katanya, kejadian itu berlaku di luar kawalannya kerana ‘melayan’ kehendak petugas media yang memintanya berpusing ke kanan dan kiri.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This