SEBANYAK RM254.3 juta diperuntukkan oleh kerajaan negeri Johor dan Persekutuan bagi melaksanakan Program-Program Pembasmian Miskin Tegar sepanjang tahun ini.
Menteri Besarnya Datuk Onn Hafiz Ghazi memaklumkan, jumlah miskin tegar di Johor kini menurun daripada 4,378 Ketua Isi Rumah (KIR) pada Mac lepas kepada 3,270 KIR Ogos tahun ini.
“Hal ini menunjukkan keseriusan serta tekad kerajaan dalam menyelesaikan isu kemiskinan di Johor,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau, hari ini.
Baca artikel lain: Kerajaan berhasrat anjur Diplomasi Kebudayaan, angkat karya sastera tempatan
Onn Hafiz menambah, beberapa langkah turut dibincangkan bagi mencari satu mekanisme baharu yang lebih kondusif dan terancang.
Ujarnya, ia melibatkan seluruh jabatan, agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) khususnya program keluarga angkat, menyediakan peluang pekerjaan serta memberikan bantuan bersasar.
“Saya berharap agar seluruh jabatan dan agensi yang berkenaan terus sama-sama turun padang dalam memastikan segala perancangan yang dibuat mengikut pelan yang telah disusun rapi, agar seluruh rakyat di negeri ini mendapat manfaatnya.
“Semoga golongan rentan di Johor terus terbela, agar hasrat kerajaan dalam menoktahkan sifar miskin tegar menjelang 2027 akan tercapai,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

