Lelaki bawa anak, isteri langgar lampu merah kena saman selepas pecut lari

Dari Penulis

SEORANG lelaki disaman polis selepas bertindak melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Taman Sijangkang Jaya, Telok Panglima Garang di Kuala Langat malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, dalam kejadian pukul 11 malam itu, anggotanya telah melihat sebuah kereta Toyota Vios melanggar isyarat lampu merah di Batu 7, Sijangkang.

Beliau berkata, anggotanya telah mengarahkan pemandu supaya memberhentikan kenderaan tetapi bertindak memecut laju.

“Anggota polis kemudian mengejar Vios tersebut sehingga memasuki kawasan Taman Perumahan Sijangkang Jaya.

“Vios berjaya ditahan dan pemeriksaan mendapati kereta dipandu seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun bersama isteri dan tiga orang anak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pemeriksaan mendapati kereta Vios terbabit idak membawa barangan yang salah.

“Pemandu Vios bertindak memecut kenderaan selepas panik apabila dikejar polis,” ujarnya.

Saman POL 257 Kaedah LN167/59-017 telah dikeluarkan kepada pemandu Vios atas kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This