‘MASYARAKAT Digital’ menjadi satu daripada topik tumpuan dalam Simposium Kajian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) 2023 hari ini.
Bertemakan ‘Membina Kesedaran dan Penyertaan Dalam Masyarakat Digital di Malaysia’, simposium itu mengumpulkan 11 panel yang terdiri daripada ahli akademik dari pelbagai universiti tempatan.
Felo Utama Institut Kebangsaan Kajiaan Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Denison Jayasooria berkata, antara fokus dalam topik Masyarakat Digital adalah golongan B40.

Jelas beliau, berdasarkan kajian yang dibuat, golongan B40 merupakan antara yang menghadapi cabaran besar dalam era serba digital ketika ini.
Katanya, hal itu boleh diihat ketika mana negara dilanda wabak Covid-19 pada 2020 hingga 2022.
“Antara permasalahan yang dapat kita lihat adalah golongan B40 sama ada di luar bandar mahupun di bandar mempunyai kesukaran untuk memiliki gajet seperti komputer riba dan telefon pintar.
“Selain itu, ada juga kawasan-kawasan di luar bandar seperti di Sabah dan Sarawak mempunyai isu capaian internet.
“Perkara ini merupakan satu cabaran besar buat Kerajaan Perpaduan yang mengetengahkan dasar Malaysia Madani.
“Harapan saya, melalui pelbagai kajian yang dilakukan ramai ahli akademik dari serata universiti, kita dapat memberi gambaran kepada Kerajaan Perpaduan untuk menambah baik Masyarakat Digital,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam majlis Simposium Kajian MCMC 2023 yang berlangsung di Putrajaya hari ini.
Baca juga: Jangan kongsi, muat naik kandungan hina institusi diraja atau hadapi tindakan tegas – MCMC
Turut berlangsung dalam majlis tersebut adalah penyampaian Geran Kajian Masyarakat Digital (DSRG) kepada 10 ahli akademik dari pelbagai universiti tempatan.
Mengulas lanjut, Dr Denison berkata, golongan B40 dilihat mempunyai daya ketahanan yang tinggi apabila ramai daripada mereka berjaya memanfaatkan platform digital dalam kehidupan seharian mereka.
Antaranya, jelas beliau adalah dari sudut perniagaan secara kecil-kecilan di platform media sosial seperti TikTok dan Facebook.
“Melalui platform digital ini, rakyat bukan sahaja boleh membesarkan ruang pendapatan mereka, tetapi turut mampu memperoleh manfaat dari sudut pendidikan.
“Apa yang penting adalah kesediaan Malaysia Madani untuk melengkapkan lagi rakyat dengan alat serta pengetahuan digital menjelang 2024,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

