SELEPAS lagu Nang dan Gagal Bersembunyi mendapat sambutan hebat, kini Iman Troye tampil dengan single ‘cover’ berjudul Kesetiaan.
Lagu ini dinyanyikan kembali oleh Iman sebagai tribut buat Allahyarham Siti Sarah Raisuddin yang merupakan ciptaan Musa Radhi dan dikarang oleh Ajai.
Kini, Kesetiaan mendapat sentuhan baharu daripada Amir Firdaus dan XO House.
Selain menyanyikan semula lagu tersebut, Iman turut tampil dengan video muzik yang memaparkan visual yang tampak unik, penuh emosi dan ia diilhamkan dari video muzik asal Kesetiaan.
Arwah Siti Sarah merupakan antara rakan artis yang menyokong kerjaya Iman sejak awal pembabitannya.
“Arwah Kak Sarah sangat berharga untuk Iman dan Kak Sarah lah yang selalu percaya dan yakin yang Iman boleh berjaya dalam industri muzik ini.
“Jadi, Iman nyanyikan semula lagu Kak Sarah sebagai satu tribut dan juga sebagai kenangan buat Iman juga,” katanya.
Kesetiaan versi baharu itu telah dilancarkan pada 9 Ogos lalu di semua pelantar muzik digital.
Selain ia turut boleh didapati di Spotify, Apple Music, YouTube Music dan juga iTunes.

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

