15 pegawai, anggota ditemui dalam serbuan di pusat hiburan ditahan tugas – Ayob Khan

Dari Penulis

KESEMUA 15 pegawai dan anggota polis yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan semalam kini ditahan tugas.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kertas siasatan juga sedang disiapkan untuk diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara bagi tindakan lanjut.

“Tindakan telah diambil…yang pertama mereka ditahan kerja dan kita juga sedang siapkan kertas siasatan untuk diserahkan kepada pejabat Peguam Negara.

“Daripada 15 anggota dan pegawai ditahan itu, 14 disahkan positif dadah. Dua penjawat awam yang ditahan itu juga positif (dadah).

“Semua anggota dan pegawai terbabit buat masa ini dilepaskan dengan jaminan polis sementara kertas siasatan dilengkapkan,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Baca artikel lain: Tindakan PN guna logo, tema Hari Kebangsaan berbeza khilaf dan bermotif politik

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah di Batu Caves, hari ini.

Sebelum ini media melaporkan, seorang pegawai dan 14 anggota polis membabitkan pelbagai jabatan ditahan bersama dua penjawat awam termasuk timbalan pendakwa raya ketika disyaki sedang berhibur di sebuah pusat hiburan di Jalan Dato Sheikh Ahmad, Seremban.

Mereka ditahan dalam serbuan dilakukan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman kira-kira jam 2.30 pagi, semalam.

Dalam pada itu, Ayob Khan menafikan, tindakan ke atas pegawai dan anggota yang ditahan dalam serbuan itu diambil hanya selepas maklumat serbuan ditularkan di media sosial.

Sebaliknya beliau berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana anggota atau pegawai yang ditahan dalam operasi pusat hiburan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tiada penutupan, Hospital Segamat beroperasi seperti biasa

JABATAN Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya Hospital Segamat bakal ditutup pada 1...

More Articles Like This