TINDAKAN Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang ‘bergurau’ sambil mengetuk kepala seorang wanita dengan gulungan kertas disifatkan perbuatan tidak beradab.
Timbalan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Amira Aisya Abd Aziz menegaskan, Muhammad Sanusi seharusnya menjaga kehormatan orang ramai.
Pada masa sama, Amira Aisya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa berkata, Muhammad Sanusi perlu menjaga adab walaupun sekadar mahu bergurau.
Beliau turut berharap perbuatan sedemikian tidak dinormalisasikan sebagai bahan jenaka.
“Jagalah kehormatan orang ramai. Nak bergurau, jaga adab. Lagi-lagi pemimpin berpangkat besar macam Menteri Besar.
“Pemimpin besar buat, pengikut akan ikut sekali.
Baca artikel berkaitan: Sanusi minta ‘katup’ cerita tunjuk kertas undi
“Jangan normalisasi semua benda sebagai jenaka. Tunjukkan rasa hormat,” katanya dalam ciapan di aplikasi X, hari ini.
Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 18 saat memaparkan tindakan Muhammad Sanusi yang dilihat ‘bergurau’ dengan mengetuk kepala seorang wanita menggunakan kertas.
Tindakan Menteri Besar Kedah itu kemudiannya disambut gelak ketawa orang sekeliling.
“Biasa,” kata Muhammad Sanusi sambil tersenyum dalam rakaman itu.
ADUN Jeneri itu kemudiannya bergambar dengan wanita berkenaan.
Berdasarkan pakaian Muhammad Sanusi, kejadian itu dipercayai berlaku ketika Menteri Besar itu menyertai sebuah program Funride di Pokok Sena, Sabtu lalu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

