Tindakan afirmatif dilanjutkan daripada berasas kaum kepada keperluan – PM

Dari Penulis

DASAR tindakan afirmatif harus dilanjutkan daripada berasaskan kaum kepada berasaskan keperluan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam satu wawancara eksklusif dengan “The CNBC Conversation” Jumaat lepas (18 Ogos), Anwar berkata jika dasar itu dilihat terlalu menumpukan kepada kaum, ia akan menimbulkan kemarahan dan kebimbangan dalam kalangan rakyat.

“Ia bukannya isu untuk memansuhkan (hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera) , ia adalah isu yang menumpukan kepada bidang yang penting untuk mereka. Kami tidak boleh bercakap mengenai meritokrasi tulen antara pedalaman Sarawak kepada sekolah-sekolah utama di Kuala Lumpur.

“Saya fikir hujah sama diguna pakai (kepada dasar tindakan afirmatif). Jika anda tumpukan kepada isu keperluan, keadilan dan kesaksamaan maka kami boleh meneruskan dengan dasar tindakan afirmatif ini,” katanya kepada pengacara Martin Soong ketika mengulas mengenai hak keistimewaan orang Melayu.

Baca artikel berkaitan: PM jamin Islam terus dimartabat, jaga kebajikan rakyat bukan Islam

Mengambil contoh kepada Dasar Ekonomi Baharu yang diperkenalkan kerajaan sebelumnya, Perdana Menteri berkata kritikan yang sering dilemparkan kepada dasar itu ialah ia digunakan oleh rejim sebelum ini untuk mengayakan anak-anak dan keluarga mereka.

“Saya perlu untuk menoktahkan amalan ini … jika dasar ini sebagai contoh untuk menghasilkan usahawan baharu, untuk menyediakan pendidikan berkualiti untuk mereka yang tidak berkemampuan, maka ia merupakan sesuatu yang pada minda saya bukan sahaja munasabah tetapi ia sangat mustahak,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Proton S70, pembiayaan fleksibel pacu transformasi industri teksi negara – Loke

KERAJAAN memperkenalkan pendekatan baharu bagi mentransformasikan industri teksi negara menerusi penggunaan Proton S70 sebagai teksi generasi baharu, penyediaan pakej...

More Articles Like This