Lelaki Indonesia maut digilis traktor

Dari Penulis

Seorang lelaki warga Indonesia maut digilis traktor ketika sedang memunggah buah kelapa sawit di Ladang Serasa, Sungai Bayu, di Gua Musang, dalam kejadian pukul 12.10 tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata mangsa yang dikenali sebagai Syaiful berusia 34 tahun maut di tempat kejadian akibat digilis tayar hadapan traktor terbabit.

“Siasatan mendapati sewaktu kejadian mangsa yang merupakan pekerja ladang sedang melakukan kerja memunggah buah kelapa sawit di kawasan berbukit ke dalam traktor berkenaan. 

“Namun secara tiba-tiba traktor itu telah mengundur dengan sendiri. Mangsa cuba memanjat traktor untuk mengawal kenderaan, tetapi telah terjatuh dan digilis tayar hadapan traktor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk proses selanjutnya dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

— BERNAMA

Tuesday , 22 August 2023

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jenazah suami Nancy Shukri diterbangkan ke Kuching hari ini

JENAZAH suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari akan diterbangkan...

More Articles Like This