Lelaki maut dilanggar kereta api dekat Machang Bubok

Dari Penulis

SEORANG lelaki maut selepas dilanggar sebuah kereta api berdekatan Taman Sri Kijang Machang Bubok, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kejadian daripada orang awam pada pukul 8.30 malam.

Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa merupakan seorang lelaki berbangsa tidak pasti berusia lingkungan 30-an.

“Pemeriksaan mendapati mangsa cedera parah disyaki telah dilanggar kereta api dari arah Bukit Mertajam ke Simpang Ampat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Bukit Mertajam untuk dibedah siasatan.

Katanya, siasatan mendapati mangsa tidak mempunyai kesan suntikan Bacillus Calmette-Gurin (BCG) dan tiada dokumen pengenalan diri ditemui di lokasi kejadian.

“Tiada unsur jenayah dikesan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujarnya.

Cheng San berkata, orang ramai dinasihatkan untuk tidak menceroboh dan melintasi landasan kereta api kerana ia boleh membahayakan nyawa.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This