SEORANG wanita maut selepas kerata yang dipandu digilis lori di jalan bertingkat Lido, Jalan Lintas, Kota Kinabalu, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, kemalangan pada pukul 6 petang itu melibatkan tujuh buah kenderaan.
Beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah lori melanggar kenderaan yang dipandu mangsa berusia 26 tahun.
“Mangsa telah tersepit dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya memetik laporan Utusan Borneo.
Jelasnya, siasatan lanjut diteruskan bagi mengenal pasti punca kemalangan dan mayat dibawa ke Hospital Queen Elizabeth bagi bedah siasat.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

