Amirudin pegang lima portfolio, umum portfolio 10 Exco Selangor lain

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

DATUK Seri Amirudin Shari akan memikul tanggungjawab lima portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) bagi penggal ke-15 pentadbiran negeri Selangor.

Selain jawatan Menteri Besar, Amirudin memaklumkan beliau turut memikul tanggungjawab Pembangunan Tanah dan Sumber Alam; Kewangan dan Tindakan Ekonomi serta Pemodenan Pentadbiran dan Digitalisasi Kerajaan.

Pada masa sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua itu juga memegang portfolio Komunikasi Strategik serta Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan.

Senarai portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor

Sementara itu, tiga ADUN yang kembali menjadi Exco iaitu Ng Sze Han (Kinrara) akan dipertanggungjawabkan sebagai Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti; Ir Izham Hashim (Pandan Indah) pula memikul peranan Exco Infrastruktur dan Pertanian manakala Borhan Aman Shah (Tanjong Sepat) sebagai Exco Perumahan dan Kebudayaan.

Bekas Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim yang juga ADUN Sekinchan pula diberi peranan sebagai Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan.

Satu-satunya wakil Barisan Nasional (BN) dalam barisan Exco iaitu ADUN Sungai Air Tawar, Datuk Rizam Ismail berperanan sebagai Exco Kemajuan Desa dan Perpaduan.

Dalam pada itu, lima lagi muka baharu yang pertama kali dilantik sebagai Exco iaitu ADUN Bandar Utama, Jamaliah Jamaluddin diberi tanggungjawab Kesihatan Awam dan Alam Sekitar; ADUN Kota Anggerik Mohd Najwan Halimi dilantik sebagai Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan; ADUN Banting V. Papparaidu (Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan); ADUN Seri Setia Dr Mohammad Fahmi Ngah (Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi), dan ADUN Taman Templer Anfaal Saari (Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat).

Baca artikel berkaitan: Portfolio Exco Selangor dimuktamad selepas jumpa PM, Speaker DUN bulan depan

Terdahulu, Amirudin dalam ucapannya menyifatkan tanggungjawab yang diberi selepas berjaya membentuk kerajaan negeri pada 12 Ogos lalu mendorong pentadbiran kali ini untuk mencari idea, meneroka teknologi dan memberi kemahiran baharu kepada generasi muda.

“Alhamdulillah, disebabkan keutuhan sistem di Selangor serta dengan sokongan rakyat, kita telah berjaya membentuk kerajaan negeri penggal ke-15.

“Dua hari lalu saya dan barisan Exco telah mengangkat sumpah sebagai tanda menjunjung amanah dan melunaskan tanggungjawab.

“Kita bukan angkat sumpah kepada parti atau pun faksi tetapi kepada Allah SWT dan negeri di hadapan Sultan Selangor,” katanya.

Isnin lalu, Amirudin dan barisan 10 Exco baharu Kerajaan Negeri Selangor telah mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ismael Saibari jadi wira, Maghribi kecewakan Belanda langkah ke pusingan 16

MAGHRIBI meneruskan kemaraan ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia 2026 selepas berjaya menewaskan Belanda 3-2 dalam penentuan sepakan penalti,...

More Articles Like This