Kelantan ikut tema Kerajaan Persekutuan bagi sambutan hari kebangsaan

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KERAJAAN Negeri Kelantan akan menggunakan tema dan logo ‘Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’ bagi sambutan hari kebangsaan 31 Ogos ini.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan dalam siaran langsung sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco Kelantan yang pertama pada Penggal ke-15 di Kota Darulnaim hari ini.

Menurut Mohamed Fadzli, Kerajaan Negeri Kelantan bagaimanapun akan menambah tema yang dibawa Kerajaan Persekutuan iaitu ‘Membangun Bersama Islam’.

“Kerajaan Kelantan kekalkan tema sambutan hari kebangsaan seperti yang ditetapkan di peringkat Persekutuan.

“Kita akan gunakan tema ‘Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan, Membangun Bersama Islam. Kita juga akan guna loga yang sama,” katanya.

Baca juga: PRK Pulai, Simpang Jeram: 22 borang penamaan calon dijual setakat semalam

Untuk rekod, Pemuda Perikatan Nasional (PN) baru-baru ini mencadangkan logo dan tema alternatif iaitu ‘Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera’ bagi sambutan hari kebangsaan nanti

Logo dan tema itu dicadangkan sebagai digunakan di negeri-negeri di bawah pentadbiran PN iaitu Perlis, Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Azam Baki kekal sah anggota Lembaga Penasihat NFCC hingga 2027

PUSAT Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) menegaskan kehadiran Tan Sri Azam Baki pada Mesyuarat Lembaga Penasihat NFCC, 30 Jun...

More Articles Like This