40 pengadil tempatan jalani latihan fasa kedua VAR

Dari Penulis

SERAMAI 40 pengadil tempatan bersama 14 ‘replay operator’ sedang menjalani latihan fasa kedua Video Bantuan Pengadil (VAR) bermula 26 Ogos hingga 11 Sept ini sebagai langkah persiapan awal pelaksanaan teknologi itu dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Menurut hantaran Facebook Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini, kursus latihan selama 17 hari di Wisma FAM, Kelana Jaya, itu dikendalikan tenaga pengajar VAR Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) Tamer Dorry dari Mesir dan dibantu pakar teknologi VAR dari Poland, Sebastian Andrzej Szelag.

Latihan fasa kedua itu meliputi aspek penggunaan simulator VAR dengan menggunakan 150 klip video bagi setiap pengadil.

Proses latihan itu akan memberi penekanan terhadap aspek penggunaan teknologi simulator VAR yang berkonsepkan ‘minimum interference, maximum benefits’ tanpa merencatkan kelancaran perlawanan.

Timbalan Presiden FAM, Datuk S. Sivasundaram selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, berkata badan induk itu sentiasa komited terhadap pembangunan serta kebajikan pengadil dan berharap pelaksanaan VAR dapat mengurangkan kesilapan dalam perlawanan.

BERITA BERKAITAN PSM rancang pasang sistem VAR di SNBJ

“Saya menzahirkan ucapan terima kasih kepada Presiden FIFA, Gianni Infantino dan Presiden AFC (Konfederasi Bolasepak Asia), Sheikh Salman Ibrahim Al Khalifa atas sokongan serta bantuan teknikal yang telah diberikan sepanjang latihan ini diadakan. 

“Terima kasih juga saya ucapkan kepada Tamer (Dorry) dan Sebastian (Andrzej Szelag) kerana sudi hadir mengendalikan kursus ini. Semoga dengan usaha bersama ini, barisan pengadil di Malaysia dapat menjalankan tugas dengan lebih baik pada penghujung latihan ini,” katanya.

Latihan VAR fasa ketiga dijangka diadakan pada November dan Disember ini.

Sebelum ini, FAM menjangkakan VAR akan digunakan dalam saingan Liga-M pada final Piala Malaysia, Disember ini.

Teknologi VAR pertama kali digunakan di Malaysia ketika perlawanan akhir Piala AFC 2022 antara Kuala Lumpur City FC dan kelab dari Oman, Al-Seeb, di Stadium Nasional di Bukit Jalil dengan ia dikendalikan sepenuhnya AFC.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gyokeres, Isak bantu Sweden benam Tunisia 5-1

GANDINGAN penggempur berbisa, Alexander Isak dan Viktor Gyokeres membantu Sweden menewaskan Tunisia 5-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan F, sebentar...

More Articles Like This