EMPAT lelaki bersama lima wanita ditahan bagi membantu siasatan kes seorang kanak-kanak berusia satu tahun meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya, malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian daripada hospital terbabit pada pukul 7 malam.
Beliau berkata, mangsa seorang kanak-kanak lelaki telah disahkan meninggal dunia dan pemeriksaan mendapati terdapat kesan penderaan.
“Siasatan mendapati mangsa telah dibawa oleh seorang lelaki berusia 30-an.
“Suspek mendakwa mangsa telah pengsan dan memerlukan rawatan sebelum bertindak meninggalkan kawasan hospital,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, ekoran kejadian tersebut pihaknya telah menahan sembilan suspek warga tempatan berusia 16 hingga 48 tahun bagi membantu siasatan.
“Semakan mendapati seorang suspek yang ditahan mempunyai lima rekod jenayah pelbagai kesalahan,” ujarnya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

