POLIS mengesahkan telah menyiasat kenyataan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang yang dipercayai mempertikaikan kuasa Lembaga Pengampunan dalam ceramahnya di markas parti itu di Bakri, Muar, dua hari lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Bukit Aman di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948.
Beliau berkata jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum hingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.
“Polis Kontinjen Johor menasihatkan orang ramai agar tidak menyentuh isu 3R iaitu institusi diraja, agama dan kaum demi menjaga dan mengekalkan ketenteraman awam.
Baca artikel lain: Debat MADANI membolehkan segala kelebihan intelektual diangkat dan dikongsikan bersama
“Tindakan akan diambil kepada semua pihak tanpa mengira parti jika menyentuh isu berkenaan,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, Ahli Parlimen Bachok yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS Mohd Syahir Che Sulaiman dalam satu kenyataan di media sosial “X” (dulu dikenali sebagai Twitter) hari ini mengesahkan Abdul Hadi dipanggil Bukit Aman berhubung laporan polis membabitkan ucapan beliau dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) di Simpang Jeram, Muar.
Dua hari lepas, Abdul Hadi dalam ceramah Perdana Perikatan Nasional (PN) Johor di Bakri, dipercayai telah menyentuh bidang kuasa Lembaga Pengampunan dan mendakwa cara negara ini memberikan pengampunan kepada seseorang pesalah tidak sesuai ajaran Islam.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

