PRK: Tiada faedah sokong pembangkang – Ahmad Maslan

Dari Penulis

PENGUNDI pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Simpang Jeram dan Parlimen Pulai mempunyai pilihan yang amat mudah untuk membuat keputusan mengenai siapa yang akan menjadi wakil rakyat mereka, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor itu berkata, sekiranya pengundi memilih calon kerajaan, ia memberi petanda bahawa mereka memilih pembangunan dan keserasian antara kerajaan pusat dan negeri, sekali gus sebarang masalah setempat yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah.

“Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram perlu berada di bawah kerajaan bukan pembangkang, begitu juga Parlimen Pulai perlu berada dalam kerajaan, bukan berada dalam pembangkang, oleh itu jika pengundi sokong Perikatan Nasional (PN) bererti mereka sokong pembangkang yang tak ada faedah apa pun.

“Jika mereka (pengundi) pilih calon Kerajaan Perpaduan, mereka pilih pembangunan, perpaduan dan kerserasian antara kerajaan pusat dan negeri dan mereka pilih wakil rakyat yang boleh selesaikan masalah mereka dengan mudah,” katanya. 

Baca juga: ‘Hanya sekadar melontarkan idea ke khalayak’ – Ahmad Fadhli

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir program ceramah kelompok DUN Simpang Jeram bersama calon Pakatan Harapan (PH) Nazri Abdul Rahman di Taman Sri Kasih malam tadi, yang turut dihadiri Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu. 

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar di dua kerusi jangka berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas.

Persaingan merebut kedua-dua kerusi itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru, antara PH, PN dan calon Bebas. 

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jentera Pas kawasan ditandingi Bersatu diarah bantu DUN lain

JENTERA Pas yang berada di kawasan ditandingi calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor...

More Articles Like This