RM2 bilion diperuntukkan sebagai dana asas Fasiliti Peralihan Tenaga Nasional – PM

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KERAJAAN Perpaduan akan memperuntukkan RM2 bilion sebagai dana asas untuk Fasiliti Peralihan Tenaga Nasional.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, kemudahan itu akan membolehkan gabungan kewangan sebagai pemangkin untuk memastikan kelancaran sumber kewangan bagi projek peralihan tenaga yang menghadapi kekangan pinjaman atau potensi pulangan di bawah pasaran.

Contohnya, jelas beliau adalah pelaburan dalam rantaian nilai kenderaan elektrik (EV), hidrogen dan teknologi pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS).

“Memandangkan pembiayaan adalah cabaran utama dalam peralihan tenaga, dianggarkan sekurang-kurangnya RM1.2 trilion pelaburan diperlukan antara 2023 dan 2050 bagi membolehkan pelaksanaan peralihan tenaga yang bertanggungjawab.

“Dalam dekad ini sahaja, kerajaan memerlukan antara RM60 bilion dan RM90 bilion untuk diperuntukkan bagi projek penting, antara lain pengembangan pengangkutan awam, pengukuhan infrastruktur grid, dan latihan semula modal insan.

“Berikutan keadaan semasa Malaysia dalam teknologi penyahkarbonan yang belum matang, kemajuan kita akan bergantung kepada sumber tenaga alternatif dan kemantapan kerjasama serantau dan antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Persidangan Peralihan Tenaga Tenaga Nasional Berhad (TNB) 2023 hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat ruang pameran ketika hadir ke Majlis Persidangan Peralihan Tenaga 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Baca juga: Polis siasat pemilik akaun Facebook hina Perdana Menteri

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, Majlis Tenaga Negara akan diaktifkan untuk memastikan pembangunan dasar dan perancangan tenaga holistik sambil memantau kemajuan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR) NETR.

Jelas Perdana Menteri, NETR akan memberikan kejelasan dasar dalam membentuk Malaysia sebagai peneraju peralihan tenaga dalam kalangan ekonomi Asia.

Katanya, dengan pelaksanaan inisiatif di bawah NETR, Malaysia bersedia di barisan hadapan untuk menjadi peneraju serantau dalam peralihan tenaga dan industri tenaga boleh baharu (TBB).

“NETR telah mengenal pasti enam bidang peralihan tenaga, bersama-sama dengan 10 projek perdana dan 50 inisiatif. Jaguh bagi projek dan inisiatif ini adalah dalam kalangan sektor awam, GLC dan pemain industri yang menterjemahkan pendekatan seluruh Malaysia.

“Kerajaan akan melancarkan program pengubahsuaian untuk meningkatkan kecekapan tenaga di bangunan kerajaan. Dalam hal ini, Platform ESCO (syarikat perkhidmatan tenaga) akan ditubuhkan untuk menghubungkan ESCO swasta, yang kebanyakannya PKS, dengan projek kerajaan.

“Peranan utama platform ini adalah untuk berfungsi sebagai perantara yang menggabungkan projek pengubahsuaian bangunan kerajaan dan menggalakkan penyelarasan awam-swasta dalam pasaran ESCO,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan menetapkan sasaran tinggi untuk mencapai 70 peratus kapasiti terpasang TBB menjelang 2050 dan menarik balik larangan perdagangan rentas sempadan tenaga berkenaan.

Jelas beliau, bursa tenaga boleh baharu akan ditubuhkan dan dilancarkan pada 2024 untuk bertindak sebagai agregator pasaran yang akan membolehkan penemuan harga dan mengewangkan kuasa berlebihan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This