KERAJAAN Negeri Pahang bersetuju untuk meluluskan pemberian Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan Negeri Pahang.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, seramai 8,000 penjawat awam Gred 54 ke bawah termasuk pegawai serta kakitangan kontrak akan menerima RM300 seorang.
Jelas beliau, mesyuarat Majlis Masyarakat Kerajaan (MMK) juga bersetuju untuk memberikan RM200 kepada pesara Kerajaan Negeri setiap seorang.
“Pemberian bantuan khas ini melibatkan implikasi kewangan RM2.4 juta dan pembayaran akan dibuat pada bulan September 2023.
Baca juga: PRK Pelangai: Pas Pahang hantar 3 nama calon
“Pemberian ini juga merupakan tanda penghargaan dan terima kasih daripada Kerajaan Negeri kepada penjawat awam yang sentiasa berdedikasi menggalas tanggungjawab dengan penuh amanah.
“Saya berharap dengan pemberian bantuan khas ini penjawat awam Negeri Pahang akan dapat meningkatkan perkhidmatan mereka demi kemakmuran dan kesejahteraan negeri ini,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

